Penoreh getah maut dihentak anak saudara

Seorang penoreh getah maut selepas kepalanya pecah akibat dihentak menggunakan batu bata oleh anak saudarany
Seorang penoreh getah maut selepas kepalanya pecah akibat dihentak menggunakan batu bata oleh anak saudarany
A
A
A

GERIK - Seorang penoreh getah maut selepas kepalanya pecah akibat dihentak menggunakan batu bata oleh anak saudaranya dalam satu pergaduhan di Kampung Plang Mukim Kerunai di sini hari ini.

Pergaduhan sekitar jam 12 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan lama antara mangsa, Halim Bahari, 61, dan suspek lelaki berusia 30 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, kejadian itu berlaku di luar rumah mangsa di mana suspek yang berang telah bertindak menumbuk dan menghentak kepala mangsa sebelum melarikan diri.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kisah lama pergaduhan antara suspek dan mangsa.

"Suspek yang juga penganggur berjaya ditangkap mengaku ada berlaku pergaduhan dengan mangsa dan telah menghentak kepala mangsa menggunakan batu bata," katanya.

Menurutnya, polis telah menemui dan merampas objek yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel Berkaitan: