Bayi 11 bulan rentung dalam ketuhar

Mayat mangsa ditemui rentung dalam ketuhar tersebut. Gambar kecil: Maxim
Mayat mangsa ditemui rentung dalam ketuhar tersebut. Gambar kecil: Maxim
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Seorang bayi berusia 11 bulan di Rusia dibakar hidup-hidup di dalam ketuhar ketika berada di bawah jagaan datuk dan neneknya.

Menurut polis, Maxim Sagalakov dijaga pasangan suami isteri dikenali menerusi nama keluarga Miyagashev berusia 42 dan 47 tahun itu.

Ibunya, Victoria, 20, terkejut selepas menemui mayat anaknya dalam ketuhar kediaman keluarganya di perkampungan Kharoy di daerah Khakassia..

"Mereka dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan membunuh bayi terbabit. Mayatnya ditemui dalam keadaan rentung akibat suhu ketuhar terlalu tinggi," jelas kenyataan Jawatankuasa Siasatan Wilayah yang menyiasat kes jenayah serius.

Jiran mereka mendakwa datuk mangsa dipercayai keluar dan pulang dalam keadaan mabuk.

Susulan itu, pasangan tersebut ditahan dan siasatan jenayah telah dilancarkan untuk memastikan sama ada pembunuhan itu dilakukan secara sengaja atau tidak. - Daily Mail

Artikel Berkaitan: