Pemuda Pas gesa pertahan keharmonian

Hanafi Zulkapli
Hanafi Zulkapli
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menggesa semua pihak pertahan keharmonian antara kaum dan bersikap saling menghormati.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, semua pihak diminta bertenang dan menyerahkan insiden kekecohan di Kuil Sri Mariamman kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, beliau berharap pihak polis tidak berkompromi dan menangkap pihak yang memulakan ketegangan.

"Pemuda Pas melihat ketegangan dan isu perkauman diapi-apikan sehingga menyentuh emosi rakyat.

"Isu di Kuil Sri Mariamman bukan isu perkauman tetapi ketamakan dan tindakan kurang bijak sesetengah pihak yang mewujudkan sikap prejudis antara kaum," katanya.

Beliau meminta pemimpin bertindak sebagai ejen penyatuan rakyat Malaysia.

"Bukannya menjadi bahan bakar isu perkauman dan mewujudkan label kebencian antara agama.

"Prinsip saling menghormati dan berpegang teguh kepada kontrak sosial mestilah menjadi fokus utama," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan perselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil terletak di USJ 25, menjadi punca pergaduhan dan insiden kenderaan dibakar.

Artikel Berkaitan:


Setakat hari ini sebanyak 21 lelaki telah ditahan, 23 kenderaan dibakar dan sebuah jentera bomba dirosakkan.

Seorang anggota bomba turut cedera sewaktu ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan orang awam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Polis tahan empat lelaki, rampas parang]