X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan air pulih selewat-lewat esok

Loy Sian (dua dari kiri) meninjau loji IWK Taman Velox yang disyaki lokasi yang menyebabkan pencemaran bau di Sungai Selangor hingga menyebabkan henti tugas LRA Rantau Panjang dan SSP 1, 2 dan 3 hari ini.
A
A

RAWANG - Isu pencemaran air di Sungai Selangor yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 dijangka diselesaikan malam ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, dan Hal Ehwal Selain Islam (HESI), Hee Loy Sian berkata, beliau menjangkakan bekalan air pulih secara berperingkat selewat-lewatnya esok.

Menurutnya, setakat jam 6 petang tadi bacaan terakhir sampel air di LRA Rantau Panjang serta SSP 1, 2 dan 3 adalah empat ton.

"Jika pencairan air dapat dilakukan di LRA Rantau Panjang, ia juga dapat kurangkan pencemaran di SSP 1, 2 dan 3 menjadi satu ton.

"Kita jangka bacaan akan kurang kepada satu ton seterusnya ke sifar ton pada malam ini sebelum LRA beroperasi esok," katanya pada sidang akhbar di IWK Taman Velox hari ini.

Loy Sian (dua dari kiri) pada sidang akhbar berhubung pencemaran Sungai Selangor di IWK Taman Velox hari ini.
Loy Sian (dua dari kiri) pada sidang akhbar berhubung pencemaran Sungai Selangor di IWK Taman Velox hari ini.

Mengulas lanjut katanya, punca pencemaran disyaki datangnya daripada sisa kimia dari Loji IWK tersebut.

Katanya, beliau tidak menolak kejadian pencemaran kali ini disebabkan unsur sabotaj selepas kerajaan negeri meluluskan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pindaan 2020, semalam.

"Sumber air dipantau selama 24 jam dan bacaan yang diambil jam 2 pagi, 4 pagi dan 7 pagi tadi adalah sebanyak 0 ton. Pencemaran hanya berlaku selepas jam 7 pagi ke 10 pagi.

"Pencemaran berlaku selepas kerajaan negeri meluluskan enakmen yang hukuman dinaikkan daripada RM100,000 kepada minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta dengan penjara sebagai mandatori semalam," katanya.

Loy Sian berkata, LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah membuat laporan polis berhubung kejadian pencemaran yang berlaku pada hari ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

LUAS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan henti tugas LRA Rantau Panjang dan SSP 1, 2 dan 3 disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Empat loji rawatan air di Selangor dihenti tugas

[VIDEO] Lebih 1.13 juta akaun pengguna terjejas bekalan air di KL, Selangor

Punca pencemaran bau disyaki tindakan sabotaj

Efluen dari loji IWK disyaki punca pencemaran bau


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!