Kes positif Covid-19 meningkat di Kelantan

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan angka tertinggi kes harian koronavirus (Covid-19) dengan sembilan kes dilaporkan hari ini.

Jabatan Kesihatan Kelantan menerusi Facebooknya hari ini memaklumkan satu lagi daerah diisytiharkan sebagai zon kuning iaitu Tanah Merah selepas Machang, Jeli dan Kota Bharu yang menjadikan keseluruhannya empat daerah.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, ia membabitkan kes ke-189, 190, 191, 192 dan 193 (Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu) yang merupakan kontak rapat kes ke-186.

“Dukacita dimaklumkan, sembilan kes Covid-19 direkodkan hari ini di Kelantan menjadikannya antara kes harian tertinggi di negeri ini.

“Kes seterusnya adalah ke-194, 195, 196 dan 197 (Mukim Kusial, Tanah Merah) merupakan kontak rapat kes ke 186,” kata menerusi Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Kelantan turut memaklumkan tiga pesakit sembuh dan discaj hari ini iaitu kes 181, 182 dan 183 manakala 14 lagi pesakit masih dirawat dan tiada kes berada dalam unit rawatan rapi.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan Kluster Kube di Kota Bharu dan Tanah Merah, Kelantan menjadi antara kluster baharu Covid-19.

Artikel Berkaitan: