X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Pencemaran air: Polis terima satu laporan

Polis menerima satu laporan berhubung kes pencemaran air yang dikesan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Polis menerima satu laporan berhubung kes pencemaran air yang dikesan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima laporan yang telah dibuat oleh penguatkuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada jam 3 petang.

"Siasatan awal pihak LUAS mendapati air di loji disyaki mengandungi bahan solvent hingga ke tahap lapan TON.

"Ekoran daripada itu bekalan air terpaksa ditutup hingga kerja pembersihan selesai," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Fadzil turut memaklumkan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah JSJ Gombak telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, empat LRA iaitu fasa satu, dua dan tiga serta Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas selepas pencemaran bau seakan-akan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor sekitar 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi.

Susulan itu, Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air.

ARTIKEL BERKAITAN: Punca pencemaran bau disyaki tindakan sabotaj

Efluen dari loji IWK disyaki punca pencemaran bau


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!