Tergamak ugut bunuh ibu dan adik perempuan

Pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mengugut ibu serta adik kandungnya. Gambar kecil: Azhar
Pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mengugut ibu serta adik kandungnya. Gambar kecil: Azhar
A
A
A

KULIM - Akibat ketagihan dadah, seorang lelaki tergamak mahu membunuh ibu serta adik perempuannya, dalam kejadian di Kampung Padang Ubi pada jam 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 34 tahun itu juga sempat mengarahkan kedua-duanya mengucap ketika diacukan pisau setelah wang yang diminta tidak diberikan.

Menurutnya, lelaki terbabit dikatakan sering mengamuk serta merosakkan barangan peralatan rumah apabila keinginannya tidak dipenuhi.

Lokasi kejadian di mana suspek dikatakan mengamuk dan mengugut ibu serta adik perempuannya.
Lokasi kejadian di mana suspek dikatakan mengamuk dan mengugut ibu serta adik perempuannya.

"Kejadian berlaku apabila suspek secara tiba-tiba mengacukan pisau ke arah adik kandung berusia 29 tahun sebelum meminta wanita itu mengucap. Suspek juga mengugut kalau tak ikut arahannya, dia akan bunuh.

"Akibat takut dicederakan, adik perempuan suspek berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Suspek kemudian mengugut ibu kandungnya dan mengarahkan wanita berusia 60-an itu untuk mengucap," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, polis bertindak membuat tangkapan ke atas suspek di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan, kira-kira jam 5 petang semalam.

Sebilah pisau panjang berukuran 21 sentimeter turut dirampas dan disyaki digunakan suspek dalam kes terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.