Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua maut tertimbus tanah runtuh

10 November 2020 | Berita Semasa Video
A
A
A
Dua maut tertimbus tanah runtuh

BERITA SEMASA 10 NOVEMBER 2020

IPOH - Dua individu masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita ditemui maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah villa di Tambun, Ipoh pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada jam 1.28 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 39 tahun dan wanita dipercayai pasangannya berusia 32 tahun.