X

Kindly register in order to view this article
!

Krisis air: MB Selangor digesa letak jawatan

Sebanyak 1,139,008 juta akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berdepan gangguan bekalan air bermula petang ini. Gambar hiasan 123rf, gambar kecil dari kiri: Hanafi, Amirudin
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari agar meletak jawatan kerana didakwa gagal mengurus isu air di negeri ini yang tidak berkesudahan.

Ketua Pemudanya, Hanafi Zulkapli berkata, isu pencemaran yang berlaku berulang kali itu menunjukkan Amirudin tiada keupayaan untuk menyelesaikan isu terbabit.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang rakyat terpaksa hadapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, 1.2 juta pemegang akaun yang terlibat menyebabkan rutin harian dan perniagaan mereka terjejas dan akan mengalami kerugian.

"Pemuda Pas Selangor mendesak agar Amirudin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor atas kegagalan dalam hal mengurus isu air ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, rakyat juga terpaksa berdepan isu ini dengan sikap kerajaan negeri yang memberi muka kepada syarikat dan industri yang tidak berlesen.

"Ini adalah bukti kegagalan PH dalam mengurus kepentingan rakyat di Selangor," katanya.

Sementara itu katanya, Pemuda Pas Selangor akan terus membantu rakyat dalam tempoh henti tugas operasi air kali ini dengan mengarahkan semua para Amilin Pemuda Pas Selangor melalui Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor bersiap sedia dengan Ops Air untuk rakyat.

"Operasi ini akan memberi fokus kepada bantuan menyediakan air bersih di lokasi-lokasi yang kritikal," katanya.

Terdahulu, sebanyak 1,139,008 juta akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berdepan gangguan bekalan air bermula petang ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menerusi satu kenyataan memaklumkan, ia merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Empat loji rawatan air di Selangor dihenti tugas


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!