X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Identiti dua mangsa tanah runtuh di Tambun dikenal pasti

Anggota bomba mengusung mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian tanah runtuh di sebuah resort pelancongan di Tambun hari ini. - Foto Bernama
A
A

IPOH - Polis mengesahkan identiti dua mangsa yang ditemukan maut tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah resort pelancongan yang terletak di kawasan gunung di Tambun, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa lelaki dikenali sebagai Ooi Chee Wei, 39, dan mangsa wanita ialah Lee Tze Juin, 32, masing-masing berasal dari Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berada di Perak kerana bekerja.

“Mayat mangsa lelaki yang bekerja dengan syarikat minyak dan gas telah dicam oleh isterinya yang datang dari ibu negara hari ini manakala waris mangsa wanita belum hadir ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, proses bedah siasat dijangka dilakukan esok setelah ujian Covid-19 dijalankan oleh pihak hospital hari ini.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut akibat bencana alam.

Pasukan penyelamat menemukan mayat lelaki berkenaan pada 9.55 pagi disusuli penemuan mayat wanita itu beberapa minit kemudian di sebuah unit di resort berkenaan selepas kejadian tanah runtuh pada kira-kira 1.30 pagi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa terperangkap tanah runtuh ditemukan

Dua dikhuatiri terperangkap tanah runtuh


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!