Bakti Majlis Jaksa Pendamai atas titah Tuanku

Sultan Muhammad V berkenan berangkat mencemar duli melawat mangsa kebakaran rumah di Kampung Dusun, Kota Bharu pada 5 Ogos 2019 yang lalu. Gambar kecil: Mohd Riduan Junoh
Sultan Muhammad V berkenan berangkat mencemar duli melawat mangsa kebakaran rumah di Kampung Dusun, Kota Bharu pada 5 Ogos 2019 yang lalu. Gambar kecil: Mohd Riduan Junoh
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Jaksa Pendamai (JP) Kelantan banyak menyumbang bakti kepada rakyat negeri ini sejak ditubuhkan 42 tahun lalu berkat keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang menaunginya.

Setiausaha JP Kelantan, Datuk Mohd Riduan Junoh berkata, peranan JP Kelantan begitu penting dalam pelbagai aspek terutamanya dari sudut perundangan, kerja sosial dan kemasyarakatan.

Menurutnya, keahlian JP terbuka kepada semua individu yang menerima pelantikan JP oleh Sultan Kelantan dan sehingga kini terdapat seramai 132 ahli.

Sultan Muhammad V (dua dari kiri) menyempurnakan pengurniaan zakat kepada asnaf anjuran Majlis JP Kelantan di Masjid Mukim Pangkal Meleret, Machang.
Sultan Muhammad V (dua dari kiri) menyempurnakan pengurniaan zakat kepada asnaf anjuran Majlis JP Kelantan di Masjid Mukim Pangkal Meleret, Machang.

“Pihak JP sememangnya boleh memperkasakan peranannya dengan pelbagai aktiviti di samping mempelbagaikan kumpulan sasaran.

“JP bergerak di atas titah Tuanku Sultan Kelantan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat-rakyatnya,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Barisan ahli JP yang turut menghadiri majlis Pengurniaan Zakat Kepada Golongan Asnaf oleh Sultan Muhammad V pada Ramadan tahun lalu anjuran Majlis JP Kelantan di Machang.
Barisan ahli JP yang turut menghadiri majlis Pengurniaan Zakat Kepada Golongan Asnaf oleh Sultan Muhammad V pada Ramadan tahun lalu anjuran Majlis JP Kelantan di Machang.

Di Malaysia peruntukan berkenaan pelantikan dan kuasa JP terdapat dalam Akta Mahkamah Rendah 1948.

Artikel Berkaitan: