Gangguan bekalan air: Ujian kualiti air mentah dijalankan setiap 30 minit

Ujian kualiti air ini akan dijalankan sehingga tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut.
Ujian kualiti air ini akan dijalankan sehingga tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut.
A
A
A

SHAH ALAM - Air Selangor komited untuk memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih dan selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan ujian kualiti air mentah akan dijalankan setiap 30 minit.

"Ujian dijalankan di Muka Sauk Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 bagi mengesan tahap pencemaran bekalan air mentah yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah.

"Ujian kualiti air ini akan dijalankan sehingga tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut," katanya kenyataan itu hari ini.

Air Selangor komited untuk memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih dan selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Air Selangor komited untuk memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih dan selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, sebanyak 1,139,008 juta akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berdepan gangguan bekalan air bermula petang ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menerusi satu kenyataan memaklumkan, ia merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Dalam pada itu, Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan:

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook rasminya memaklumkan henti tugas ini disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.