Lelaki Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh

Mangsa dipercayai mati dalam tempoh tiga ke empat jam berdasarkan kesan kecederaannya yang masih baharu.
Mangsa dipercayai mati dalam tempoh tiga ke empat jam berdasarkan kesan kecederaannya yang masih baharu.
A
A
A

SEREMBAN- Seorang lelaki warga Myanmar ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh di sebuah premis di Jalan Seng Meng Lee, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.30 pagi.

"Hasil semakan lanjut mendapati mangsa adalah seorang lelaki berumur 23 tahun.

"Siasatan juga mendapati terdapat kesan kelar pada leher mangsa selain kesan lekuk pada lengan kiri dipercayai terkena objek tumpul dan juga kesan benjol pada belakang kepala sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan dipercayai mati dalam tempoh tiga ke empat jam berdasarkan kesan kecederaannya yang masih baharu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya kepada pihak polis atau balai polis berhampiran dan kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati di Jalan Seng Meng Lee, Seremban pagi tadi.
Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati di Jalan Seng Meng Lee, Seremban pagi tadi.

Artikel Berkaitan: