Pegawai tertinggi jenayah pilihan raya AS letak jawatan

Peguam Negara Barr pada Isnin mengeluarkan memorandum yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa persekutuan untuk menjalankan siasatan terhadap tuduhan yang dipercayai mengenai penyelewengan dalam pemilihan presiden AS. (Gambar hiasan)
Peguam Negara Barr pada Isnin mengeluarkan memorandum yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa persekutuan untuk menjalankan siasatan terhadap tuduhan yang dipercayai mengenai penyelewengan dalam pemilihan presiden AS. (Gambar hiasan)
A
A
A

MOSCOW - Pengarah Cawangan Jenayah Pilihan Raya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), Richard Pilger menyerahkan surat peletakan jawatan selepas Peguam Negara, William Barr menghantar memo kepada Pendakwa Raya Persekutuan yang memberi kuasa untuk menyiasat beberapa tuduhan penipuan dalam Pilihan Raya Presiden AS 2020, lapor agensi berita Sputnik.

"Setelah membiasakan diri dengan dasar baharu dan akibatnya... saya dengan penuh kesal melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Cawangan Jenayah Pilihan Raya," tulis Pilger dalam suratnya, seperti yang dipetik oleh penyiar NBC News pada Isnin malam.

Peguam Negara Barr pada Isnin mengeluarkan memorandum yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa persekutuan untuk menjalankan siasatan terhadap tuduhan yang dipercayai mengenai penyelewengan dalam pemilihan presiden AS. Barr mengatakan tuntutan tersebut harus disiasat sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

Media AS telah menyiarkan calon Demokrat Joe Biden sebagai pemenang pilihan raya. Presiden Donald Trump berulang kali mendakwa bahawa pilihan raya itu dilakukan dengan penipuan dan peguam presiden telahpun mengemukakan beberapa tuntutan mahkamah.

Bercakap pada Jumaat, Datuk Bandar Philadelphia, Jim Kenney, menyifatkan tuntutan Trump "tidak berasas." - Bernama

Artikel Berkaitan: