[VIDEO] Empat loji rawatan air di Selangor dihenti tugas

LUAS menerusi kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook rasminya memaklumkan henti tugas disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.
LUAS menerusi kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook rasminya memaklumkan henti tugas disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook rasminya memaklumkan henti tugas ini disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.

"Dimaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20- 12.45 tengah hari tadi (10 November 2020) disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.

"Bau telah dikesan sekitar 8 Ton di LRA Rantau Panjang, setakat jam 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 Ton," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya memaklumkan LUAS, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.

"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan: