Pindaan tarikh peperiksaan ambil kira pelbagai faktor

Pindaan tarikh peperiksaan awam diputuskan selepas mengambil aspek logistik berkaitan peperiksaan khusus bagi negeri terjejas teruk akibat penularan Covid-19.
Pindaan tarikh peperiksaan awam diputuskan selepas mengambil aspek logistik berkaitan peperiksaan khusus bagi negeri terjejas teruk akibat penularan Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pindaan tarikh peperiksaan awam diputuskan selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk mengatur persediaan daripada aspek logistik berkaitan peperiksaan khusus bagi negeri terjejas teruk akibat penularan Covid-19.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, peningkatan ketara jumlah kes postif Covid-19 pada gelombang ketiga dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi kesan kepada persiapan pelajar menghadapi peperiksaan.

Menurutnya, berikutan penguatkuasaan PKPB, banyak sekolah terpaksa ditutup semula meskipun sekolah telah dibuka secara berperingkat Jun lalu.

"Ada negeri yang telah menutup sekolah selama lebih empat minggu. Dengan pindaan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SPMV), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), calon akan mempunyai masa lebih panjang untuk membuat persediaan rapi.

"Ia juga memberi masa lebih panjang untuk membuat persediaan dan dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka apabila sekolah dibuka semula," katanya dalam jawapan lisan bagi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen yang menyatakan rasional untuk menutup sekolah di seluruh negara termasuk kawasan hijau dan menangguhkan peperiksaan awam.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan meminda tarikh peperiksaan SPM, SVM, dan STAM kepada 22 Februari depan manakala peperiksaan STPM pula dianjak ke 8 Mac 2021.

Artikel Berkaitan: