PKPB: Tahap pematuhan SOP di Manjung tinggi

Nor Omar memeriksa orang ramai yang melalui sekatan jalan raya Changkat Cermin di sini semalam.
Nor Omar memeriksa orang ramai yang melalui sekatan jalan raya Changkat Cermin di sini semalam.
A
A
A

MANJUNG - Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Manjung sangat tinggi semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, sehingga semalam hanya dua kompaun dikeluarkan di sekatan jalan raya yang dibuat di daerah itu.

Menurutnya, sebanyak empat sekatan jalan raya dilaksanakan iaitu di Jalan Pantai Remis-Panchor, Changkat Cermin, Kayan, hadapan Balai Polis Beruas.

"Dua kompaun yang dikenakan ke atas individu di sekatan jalan raya itu melibatkan kesalahan tidak mempunyai kelulusan merentas daerah.

"Secara keseluruhannya, pematuhan orang awam bagi PKPB kali ini lebih baik dari sebelum ini kerana mereka mungkin sudah terbiasa dengan normal baharu," katanya kepada pemberita selepas meninjau sekatan jalan raya di Changkat Cermin di sini semalam.

Beliau berkata, seramai tiga pegawai dan 86 anggota terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di daerah ini.

Katanya, penugasan pematuhan SOP PKPB di kawasan bandar melibatkan kedai-kedai, tempat tumpuan awam dan pasar malam.

Artikel Berkaitan: