Banjir: 48 penduduk di Taiping dipindahkan

Keadaan banjir di Batu 7 Kampung Changkat Baru, Matang malam tadi.
Keadaan banjir di Batu 7 Kampung Changkat Baru, Matang malam tadi.
A
A
A

TAIPING - Seramai 48 penduduk dari 10 keluarga terpaksa dipindahkan berikutan kejadian banjir di Batu 7 Kampung Changkat Baru, Matang di sini malam tadi.

Kesemua mereka termasuk 16 kanak-kanak ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Baraqah oleh pasukan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 malam.

Pasukan penyelamat meredah banjir untuk membantu memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat.
Pasukan penyelamat meredah banjir untuk membantu memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kedalaman banjir berada pada paras hampir satu meter dipercayai akibat limpahan dari sungai berhampiran.

"Semua mangsa terlibat dipindahkan bagi tujuan keselamatan.

"Keadaan banjir di kawasan itu ketika ini telah mulai surut," katanya.

Operasi pemindahan tamat pada jam 11.35 malam.

Artikel Berkaitan: