BPR dinantikan rakyat untuk teruskan kehidupan

Nurul Azmi Mohamed Daud mencari rezeki sebagai nelayan.
Nurul Azmi Mohamed Daud mencari rezeki sebagai nelayan.
A
A
A

IPOH - Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diumumkan kerajaan menerusi Bajet 2021 amat dinantikan rakyat yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi seorang nelayan darat, Nurul Azmi Mohamed Daud, 34, berkata, bantuan itu membantu meringankan beban yang ditanggung terutama dalam membeli keperluan harian dan membeli jaring baharu atau membaiki peralatan menangkap ikan.

"Saya masih belum berkahwin namun ada empat tanggungan iaitu ibu, dua adik dan anak saudara. Jadi sedikit sebanyak bantuan ini dapat meningkatkan hasil tangkapan ikan saya dengan adanya peralatan baharu," katanya yang telah menjadi nelayan darat sejak 20 tahun lalu kepada Sinar Harian.

Beliau yang tinggal di Sungai Galah, Kampung Gajah berkata, ibunya yang berusia 66 tahun merupakan ibu tunggal manakala adik dan anak saudaranya masih bersekolah.

Katanya, dengan pendapatan sebagai nelayan dan bantuan dari kerajaan, dia dapat menyara keluar pada kadar termampu.

Bagi seorang pekerja restoran, Aminullah Ahmad, 26, berkata, jika sebelum ini hanya individu berkahwin dan bujang diberikan berbanding kali ini dengan mengira jumlah anak bagi mereka yang sudah berumah tangga.

Aminullah Ahmad ialah seorang pekerja di sebuah restoran.
Aminullah Ahmad ialah seorang pekerja di sebuah restoran.

Menurutnya, keputusan kerajaan itu dilihat tepat kerana ia amat membantu meringankan beban golongan yang mempunyai anak lebih dari seorang.

Artikel Berkaitan:

"Bantuan ini memang membantu. Jika dahulu saya terima bantuan sebagai seorang bujang, kini saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Maka amat wajar kadar tersebut dinaikkan kerana tanggungan bertambah.

"Jika bantuan sebelum ini digunakan untuk keperluan sendiri, BPR kali ini pastinya akan digunakan untuk membeli keperluan keluarga terutama barang-barang dapur dan bahan asas yang lain," katanya.

Sementara itu di Sungai Petani, Kedah, seorang pekerja gerai cendol, Zunaidah Saad, 47, berkata, pendapatannya terjejas sejak gerai terbabit ditutup sejak tiga bulan lalu akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Dia yang mempunyai lima anak berusia 11 hingga 22 di mana tiga daripadanya masih bersekolah, hanya bergantung kepada bantuan Zakat yang diperoleh secara bulanan bagi menampung keperluan keluarga.

"Bantuan BPN yang disalurkan kerajaan baru-baru ini telah kami gunakan sebaik-baiknya untuk menampung kehidupan seolah-olah pengganti pendapatan," katanya.

Pendapatan Zunaidah terjejas sejak gerai cendol ditutup sejak tiga bulan lalu.
Pendapatan Zunaidah terjejas sejak gerai cendol ditutup sejak tiga bulan lalu.

Bagi, Mohd Amin Fardulla, 31, berkata, perniagaan pati teh ais Avenge yang diusahakannya cukup terkesan apabila jualan dianggarkan merudum antara 75 hingga 80 peratus akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

"Sekiranya ada bantuan, kami amat memerlukan bantuan kerajaan kerana sebelum ini tidak sempat untuk membuat permohonan BPN atau lain-lain.

"Kami kini sedang berdepan saat sukar kerana bukan sahaja tiga anak berusia enam bulan hingga enam tahun perlu diberi makan, malah saya mempunyai lima pekerja yang juga terjejas pendapatan dan berdepan kesukaran untuk memberi isteri dan anak-anak mereka makan," katanya.

Perniagaan pati teh ais Avenge yang diusahakan Mohd Amin cukup terkesan apabila jualan dianggarkan merudum antara 75 hingga 80 peratus kesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Perniagaan pati teh ais Avenge yang diusahakan Mohd Amin cukup terkesan apabila jualan dianggarkan merudum antara 75 hingga 80 peratus kesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Terdahulu, kerajaan PN memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi mengurangkan beban aliran tunai rakyat yang terkesan ekoran Covid-19.

Bagi tahun 2020, BPN juga BSH melibatkan penyaluran sebanyak RM21 bilion kepada 10.6 juta penerima.

Pada bulan Januari, 2021, bayaran BPN 2021 fasa kedua sebanyak RM2.2 bilion bakal disalurkan.

Selaras dengan itu, Belanjawan 2021, kerajaan akan terus melaksanakan dan menamba hbaik bantuan tunai secara bersasar.

Justeru, bagi tahun 2021, kerajaan akan menggantikan BSH kepada BPR dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.