Harapan tinggi Biden lebih mesra Islam berbanding Trump

Harapan tinggi untuk melihat Biden lebih mesra Islam berbanding Trump.
Harapan tinggi untuk melihat Biden lebih mesra Islam berbanding Trump.
A
A
A

SERONOK Merak Jalanan apabila calon Demokrat, Joe Biden menang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dan mengalahkan Donald Trump.

Walaupun ada orang kata pilihan raya di negara itu tidak beri kesan pun kepada kita tetapi Merak Jalanan berharaplah supaya perangai Biden ini lebih senonoh berbanding Trump yang tidak sedar diri itu.

Hati umat Islam di seluruh dunia memang terhiris benar dengan tindakan AS yang menerajui perjanjian antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memulihkan hubungan, termasuk membuka pejabat kedutaan di wilayah masing-masing pada 13 Ogos lalu.

Perjanjian itu mendapat kecaman daripada Pihak Berkuasa Palestin dan puak penentang kerana ia tidak memenuhi kepentingan Palestin dan mengabaikan hak rakyat Palestin.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengetahui tentang dasar-dasar Biden terhadap Israel ini.

Bagi pengundi Muslim AS, mereka dilihat memberikan sokongan terhadap Biden kerana Trump mengamalkan pendekatan memusuhi umat Islam.

Antara punca utama kemarahan pengundi ialah dasar Trump yang tidak membenarkan kemasukan orang Islam daripada enam buah negara.

Berdasarkan satu pungutan suara oleh Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) jumlah pengundi Muslim AS ‘mencatat rekod’ dalam pemilihan Selasa lalu.

Artikel Berkaitan:

Dipercayai lebih daripada satu juta umat Islam Amerika menyertai pilihan raya AS 2020, dengan hampir 70 peratus memilih Biden.

Sebelum ini, orang Arab Amerika dan Muslim memberikan sokongan kepada kedua-dua parti atas dua faktor utama.

Mereka yang memilih Republikan kerana parti itu menyokong nilai keluarga dan kebebasan beragama sementara Demokrat kerana dasar yang lebih liberal terhadap imigran.