Covid-19: Dua lagi kes di Kelantan hari ini

Dua kes baharu Covid-19 dikesan di Mukim Kuala Balah dan Jeli hari ini, menjadikan lapan pesakit masih dalam rawatan di Kelantan. Gambar kecil: Dr Izani Husin
Dua kes baharu Covid-19 dikesan di Mukim Kuala Balah dan Jeli hari ini, menjadikan lapan pesakit masih dalam rawatan di Kelantan. Gambar kecil: Dr Izani Husin
A
A
A

KOTA BHARU - Dua lagi kes baharu koronavirus (Covid-19) dicatatkan di Kelantan hari ini menjadikan lapan pesakit dalam rawatan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, ia membabitkan kes ke 187 dan 188 (Mukim Kuala Balah, Jeli).

“Berikutan perkembangan semasa, masyarakat diingatkan untuk terus mengelak berada di kawasan berisiko,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Kelantan menerusi Facebooknya hari ini turut memaklumkan terdapat dua kes sembuh dan discaj iaitu kes 176 dan 180.

Dalam kenyataan sama, tiga daerah masih diisytiharkan zon kuning iaitu Machang, Jeli dan terbaharu semalam ialah Kota Bharu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

"Masyarakat juga dinasihatkan supaya elak berada di kawasan sesak, sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat," kata kenyataan tersebut.

Selain itu, kenyataan itu turut menasihatkan supaya mengelak dari bersalaman atau bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam.

Artikel Berkaitan: