X

Kindly register in order to view this article
!

Kaunter imigresen ditutup sementara di negeri terlibat PKPB

Semua perkhidmatan kaunter imigresen di seluruh negeri yang terlibat dengan PKPB ditutup sementara sehingga tamat tarikh PKPB tersebut. Gambar hiasan Foto 123rf (Gambar kecil: Khairul)
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan semua perkhidmatan kaunter imigresen di seluruh negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditutup sementara sehingga tamat tarikh PKPB tersebut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penutupan sementara itu adalah selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 November 2020 mengenai PKPB di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis yang berkuat kuasa mulai 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.

“Bagi pelanggan yang mempunyai urusan pas jangka panjang pasangan/anak kepada warganegara, pas pelajar, pas lawatan ikhtisas dan pas penggajian serta mempunyai temu janji dalam tempoh PKPB dilaksanakan, mereka tidak perlu khuatir kerana temu janji baharu boleh dilakukan melalui temu janji online (STO),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Dzaimee, penjadualan semula temu janji STO boleh dilakukan setelah perkhidmatan kaunter imigresen dibuka semula dan diterima walaupun melepasi 31 Disember 2020.

“Pemohon perlu memohon semula temu janji melalui STO setelah tempoh PKPB tamat dan kaunter imigresen dibuka semula.

“Segala persoalan berkaitan prosedur dan urusan imigresen pula boleh diajukan melalui sistem pertanyaan online (SPO) yang boleh diakses melalui laman web rasmi imigresen di pautan www.imi.gov.my,” katanya.

Beliau berkata, bagi pelawat asing yang masuk ke negara ini sejak 1 Januari 2020, kecuali pemegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang telah tinggal lebih masa dalam tempoh PKPB, mereka dibenarkan untuk meninggalkan negara melalui pintu masuk yang diwartakan tanpa perlu mendapatkan kemudahan pas khas dari pejabat imigresen.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!