Kerajaan beri perhatian peningkatan Covid-19 di kalangan pekerja asing

Muhyiddin menegaskan pihaknya memberi perhatian terhadap peningkatan kes penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) yang berlaku dalam kalangan pekerja asing.
Muhyiddin menegaskan pihaknya memberi perhatian terhadap peningkatan kes penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) yang berlaku dalam kalangan pekerja asing.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya memberi perhatian terhadap peningkatan kes penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) yang berlaku dalam kalangan pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di tempat tinggal atau depoh tahanan sementara.

Beliau berkata, menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya hari ini, perkara itu telah dibincangkan dan beliau mengambil maklum antara punca jangkitan atau penularan dalam kalangan mereka adalah disebabkan oleh kesesakan di dalam tempatan tinggal atau rumah kongsi serta depoh tahanan sementara.

Beliau berkata, difahamkan sesetengah rumah kongsi didiami sehingga 40 orang dan keadaan ini menjadi punca Covid-19 menular dan berjangkit dengan cepat.

"Keadaan yang sama turut berlaku di pusat-pusat tahanan terutama di Sabah yang terpaksa menampung jumlah kemasukan PATI yang sangat ramai.

"Saya berpandangan Kementerian Sumber Manusia perlu memaklumkan majikan terlibat dan menekankan tentang pentingnya penjagaan status kesihatan pekerja masing-masing selain pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP)," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, sebentar tadi.

Selain itu katanya, berhubung kos ujian swab bagi pekerja asing yang perlu ditanggung majikan, beliau telah mengarahkan supaya perkara ini segera dibincangkan dengan terperinci dan dibentangkan oleh agensi-agensi terlibat dalam sidang MKN akan datang.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin memberitahu, beliau turut membangkitkan persoalan mengenai SOP berhubung jumlah penumpang yang dibenarkan berada di dalam kenderaan pada satu-satu masa.

"Saya berpandangan jumlahnya tidak boleh berbeza-beza, perlu ada satu ketetapan yang selaras antara jumlah di dalam kenderaan persendirian dan kenderaan e-hailing," katanya.

Artikel Berkaitan: