Nahas helikopter: Allahyarham Mohd Irfan selamat dikebumi

Farhan Hasif, 13, (dua dari kiri) mengusung jenazah ayahnya iaitu mangsa helikopter terhempas Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi di tanah perkuburan Subang USJ22 hari ini. Dalam kejadian semalam, Mohemed Sabri, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, maut dalam nahas melibatkan dua helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum sebuah daripadanya terhempas dalam kejadian 11.50 pagi di Taman Melawati Ampang. - Foto Bernama
Farhan Hasif, 13, (dua dari kiri) mengusung jenazah ayahnya iaitu mangsa helikopter terhempas Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi di tanah perkuburan Subang USJ22 hari ini. Dalam kejadian semalam, Mohemed Sabri, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, maut dalam nahas melibatkan dua helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum sebuah daripadanya terhempas dalam kejadian 11.50 pagi di Taman Melawati Ampang. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Jenazah mangsa nahas helikopter di Jalan Taman Melawati, Ampang, Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Jenazah Mohd Irfan Fikri, 41, yang juga seorang ahli perniagaan sebelum itu dimandi dan dikafankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) sebelum disolatkan di Surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil.

Suasana pilu turut dapat dirasai apabila puluhan ahli keluarga dan rakan-rakan hadir di tanah perkuburan ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia tiga hingga 15 tahun.

Antara yang dilihat hadir ibu Allahyarham, Nafisah Hamad, 73, dan dua anak lelaki Allahyarham iaitu Farid Ridhwan, 15, serta Farhan Hasif, 13.

Balu Allahyarham dan tiga orang anak perempuannya tidak hadir semasa majlis pengebumian berkenaan.

Balu Wan Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, Wan Nani Bazlin, 41, kelihatan sebak ketika jenazah suaminya dibawa ke Surau Al-Ikhwan,Taman Puncak Jalil hari ini. Mohd Irfan Fikri, 41, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Subang USJ 22.- Foto Bernama
Balu Wan Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, Wan Nani Bazlin, 41, kelihatan sebak ketika jenazah suaminya dibawa ke Surau Al-Ikhwan,Taman Puncak Jalil hari ini. Mohd Irfan Fikri, 41, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Subang USJ 22.- Foto Bernama

Sementara itu, Nafisah, ketika ditemui berkata, ketika hari kejadian, beliau ada melihat nahas itu menerusi media sosial WhatsApp dan berharap ia tidak membabitkan anak keempatnya itu.

"Allahyarham memang sering berhubung dengan saya dan memberitahu beliau akan menerbangkan helikopter menyebabkan saya terus teringat kepadanya apabila melihat kejadian itu di media sosial," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata hanya menyedari Mohd Irfan Fikri terbabit dalam kemalangan itu apabila diberitahu seorang lagi anaknya yang mengecam jam tangan dan nombor pendaftaran helikopter yang terhempas itu menerusi gambar di media sosial.

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Farid Ridhwan berkata, beliau agak terkilan kerana tidak ada sesiapa yang menjawab sembilan kali panggilan telefon ayahnya kepada ibunya Wan Nani Bazlin Wan Mahmud, 44, sebelum kejadian itu berlaku sedangkan ramai ahli keluarganya ada di rumah ketika itu.

"Petang hari kejadian, apabila emak saya melihat telefonnya, didapati ada banyak panggilan tidak berjawab menyebabkan emak saya menghubungi semula tetapi tidak berjaya.

"Saya kemudian melihat media sosial dan mula menyedari ayah saya yang terlibat dalam nahas itu," katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi dibawa ke Surau Al-Ikhwan,Taman Puncak Jalil untuk disolatkan hari ini.
Mohd Irfan Fikri, 41, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Subang USJ 22. - Foto Bernama
Jenazah Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi dibawa ke Surau Al-Ikhwan,Taman Puncak Jalil untuk disolatkan hari ini. Mohd Irfan Fikri, 41, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Subang USJ 22. - Foto Bernama

Beliau juga terkilan kerana ayahnya berjanji akan membawanya dan adik lelakinya untuk pergi memancing pada petang hari kejadian.

Jenazah seorang lagi mangsa Allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom, 56, turut telah selamat dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Gombak.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 11.50 pagi semalam dalam keadaan cuaca cerah itu melibatkan dua helikopter (9M-HCA & 9MHCB) jenis G2CA yang berlanggar ketika kedua-duanya sedang melakukan latihan penerbangan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dengan setiap pesawat membawa dua orang.

Mohd Irfan Fikri dan Mohamed Sabri dilaporkan menaiki helikopter berwarna biru yang terhempas manakala dua lagi individu yang menaiki helikopter berwarna merah iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51, hanya cedera ringan, apabila helikopter dinaiki mereka berjaya mendarat dengan selamat. - Bernama