X

Kindly register in order to view this article
!

Jumlah pelajar ambil STEM tak capai sasaran

Khairy Jamaluddin ketika ucapan penutup 2020 Virtual National Science Challenge yang disiarkan di laman Facebook pertandingan itu semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) tidak mencapai sasaran.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berdasarkan Laporan Tinjauan Sains 2017, pendaftaran dalam jurusan STEM adalah 40 peratus pada tahun 2016, berbanding 60 peratus tempat yang disasarkan.

“Kemerosotan ini agak membimbangkan...mungkin masih ramai pelajar mendapati STEM sukar diakses dan sebahagian daripadanya saya dimaklumkan kerana prospek pekerjaan untuk graduan STEM.

“Kementerian saya memandang serius perkara ini serta usaha untuk memastikan graduan STEM mendapat pekerjaan dengan gaji yang baik,” katanya dalam ucapan penutup 2020 Virtual National Science Challenge disiarkan di laman Facebook pertandingan itu semalam.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin percaya trend kemasukan pelajar STEM mempunyai implikasi terhadap bakat profesional yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Justeru, beliau mengingatkan pelajar bahawa Malaysia mempunyai peluang cerah dalam jurusan STEM selaras dengan perkembangan global termasuk Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

"Saya rasa kita tidak jauh ketinggalan atau terlalu jauh dalam rantau ini dan banyak perkara perlu dilakukan. Akademi Sains Malaysia telah bekerja keras sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin Pulau Pinang muncul juara pertandingan 2020 Virtual National Science Challenge, diikuti Pusat [email protected] Negara di tempat kedua manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh, Ranau, Sabah di tempat ketiga. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!