Putin dan Maduro anggota kumpulan pop 80-an?

Vokalis (kiri) kumpulan pop Alliance, dikatakan menyerupai Putin manakala pemain keyboard pula persis Maduro.
Vokalis (kiri) kumpulan pop Alliance, dikatakan menyerupai Putin manakala pemain keyboard pula persis Maduro.
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Benarkah Presiden Rusia, Vladimir Putin dan pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro pernah menubuhkan kumpulan pop pada tahun 80-an?

Kebanyakan netizen yang jahil beranggapan ia pernah berlaku.

Tanggapan itu dibuat selepas sebuah video muzik dari kumpulan pop Soviet 'Alliance' yang dianggotai empat pemuda berpakaian retro muncul di media sosial.

Vokalis kumpulan terbabit menyerupai Putin dan wajah pemain keyboard pula persis Maduro.

Video muzik untuk lagu berjudul 'At the Dawn' yang dirakam pada 1987 itu kini mendapat lebih 100,000 tontonan sejak dimuat naik di YouTube tahun lalu.

Ia kembali mendapat perhatian di tengah-tengah krisis politik Venezuela, di mana Putin menyatakan sokongannya kepada Maduro yang cuba dijatuhkan pemimpin pembangkang, Juan Guaido yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS).

Berikut antara reaksi netizen.

"Biar betul? Putin dan Maduro anggota kumpulan pop 80-an."

Artikel Berkaitan:

"Mereka sudah lama kenal. Rupanya mereka pernah berkongsi pentas."

"Wow...Putin Vokalis. Maduro pemain keyboard."

"Patutlah mereka bersekutu...rupanya sudah lama kenal.

"Rahsia masa muda-muda."

Namun, vokalis sebenar kumpulan pop tersebut ialah Igor Zhuravlev manakala pemain keyboard terbabit pula ialah Oleg Parastaev.

Mereka bukanlah pemimpin dunia, hanya pelanduk dua serupa. - Agensi