Helikopter terhempas: Laporan bedah siasat diserah kepada polis

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laporan bedah siasat mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati sudah diserahkan kepada polis, kata Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid.

Beliau berkata, bedah siasat kedua-dua mangsa iaitu Allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi masing-masing selesai pada jam 11.15 pagi serta jam 1.15 tengah hari hari ini.

“Kita menerima dua jenazah itu petang semalam dan dilakukan saringan koranavirus (Covid-19), CT scan dan x-ray juga pada semalam sebelum bedah siasat mula dilakukan,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau turut mengesahkan waris kedua-dua mangsa membuat pengecaman terhadap jenazah terbabit sebelum bedah siasat dimulakan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter terhempas: Keluarga belum dibenar cam mayat

Dua maut helikopter terhempas

Penduduk dengar bunyi helikopter terhempas

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Artikel Berkaitan: