X

Kindly register in order to view this article
!

PKPB: Urusan nikah, cerai, rujuk di Kedah dibenarkan dengan SOP

Urusan nikah, cerai dan rujuk di Pejabat Agama Islam Daerah di seluruh Kedah berjalan seperti biasa sepanjang tempoh PKPB dengan mematuhi SOP ditetapkan. - Foto 123RF
A
A

ALOR SETAR - Urusan nikah, cerai dan rujuk di Pejabat Agama Islam Daerah di seluruh Kedah berjalan seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, majlis akad nikah boleh dibuat di masjid mengikut SOP dan dikendalikan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, imam atau menggunakan wakalah pengantin lelaki.

“Bagaimanapun, majlis akad nikah di masjid hanya boleh dihadiri enam orang iaitu Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk sebagai jurunikah, dua orang saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali daripada pihak pengantin perempuan.

“Majlis akad nikah juga tidak boleh melebihi 20 minit dan pihak masjid perlu memastikan tetamu bersurai dengan kadar segera sebaik majlis tamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk yang menjalankan urusan nikah di masjid juga bertanggungjawab memastikan tetamu yang hadir tiada simptom demam, batuk atau selesema.

“Perlu pastikan tetamu diambil suhu badan, nama, nombor telefon dan memakai pelitup muka, tidak berjabat tangan ketika lafaz Ijab dan Qabul dan melakukan penjarakan fizikal sekurang kurangnya satu meter,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pelaksanaan Kursus Pra perkahwinan Islam ditangguhkan dan JHEAIK memutuskan pelaksanaan temu duga bagi menggantikan kursus itu untuk tujuan permohonan kebenaran berkahwin di negeri ini. -Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!