Zidane ambil tanggungjawab kekalahan Real Madrid

Pemain Valencia (kanan) cuba menyekat asakan daripada pemain Real Madrid. - Foto sportdeskcom.mt
Pemain Valencia (kanan) cuba menyekat asakan daripada pemain Real Madrid. - Foto sportdeskcom.mt
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane mengambil sepenuh tanggungjawab atas kekalahan 1-4 skuad Los Balncos itu Valencia dalam aksi La Liga di Stadium Mestalla, kelmarin.

Menurut Zidane, dia turut menyatakan tidak ada alasan untuk kekalahan berkenaan.

Malah katanya, dia juga enggan memberikan alasan ‘kehilangan’ beberapa pemain sebagai antara alasan kepada kekalahan berkenaan.

“Saya mengakui kekalahan ini adalah hasil kesilapan saya sendiri selaku jurulatih pasukan ini.

“Saya seharusnya mencari penyelesaian dan bukannya mengadili apa yang telah berlaku kerana apa yang penting adalah kami perlu meningkatkan prestasi kami bagi mengharungi perlawanan akan datang,” katanya.

“Ia perkara yang agak sukar untuk difahami, tetapi saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini kerana saya tidak fikir daripada segi taktikalnya, Valencia bukannya pasukan yang lebih baik; cuma kami telah bermula dengan baik tetapi segalanya berubah setelah Valencia menjaringkan gol,” katanya.

Kemenangan Valencia itu juga mencatatkan sejarah tersendiri dengan menyaksikan pemain Valencia, Carlos Sorer muncul pemain pertama dalam saingan La Liga yang mencatat hatrik menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35, 54 dan 63 dan gol keempat adalah hasil jaringan sendiri pemain Real Madrid, Raphael Varana pada minit ke-43.

Gol tunggal Real Madrid dijaringkan oleh Karim Benzima pada minit ke-23.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Zidane berkata, tiga sepakan penalti serta satu gol sendiri pada perlawanan berkenaan juga dilihat sebagai antara faktor kekalahan berkenaan.

Malah katanya, memang tidak ada alasan yang boleh diberikan atas kekalahan tersebut.

“Kita boleh lihat pada banyak perkara tetapi anda tidak boleh melihat untuk mencari apa juga alasan kerana kesemua mereka adalah pemain Real Madrid,” katanya.