'Kami tidak beraksi sebagai satu pasukan'

Arteta
Arteta
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan skuad kendaliannya itu tidak beraksi sebagai satu pasukan sehingga menyumbang kepada kekalahan 0-3 kepada Aston Villa di Emirates, kelmarin.

Menurut Arteta, kekalahan itu agak mengejutkannya kerana setelah melakar tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini, gawang skuad The Gunners itu mula bolos seawal 25 minit perlawanan hasil jaringan sendiri Bukayo Saka sebelum Ollie Watkins meledak dua lagi jaringan pada minit ke-72 dan 75 bagi memastikan skuad The Clarets itu membawa pulang tiga mata berharga.

“Tahniah kepada Aston Villa atas aksi terbaik yang dipamerkan hingga menyumbang kepada kemenangan perlawanan ini.

“Kami beraksi di bawah tahap sebenar kami dan sejujurnya ini kali pertama saya menyaksikan pasukan ini beraksi bukan sebagai satu pasukan.

“Apa pun, saya akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab atas kekalahan ini. Kami tidak bermula dengan baik, kami tidak dibantu oleh Video Pembantu Pengadil (VAR) selain kami gagal menguasi bola dan gagal menyempurnakan peluang,” katanya.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Arsenal kini berada pada kedudukan ke sebelas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 12 mata hasil daripada empat kemenangan dan tewas empat kali daripada lapan perlawanan setakat ini.

Bagaimanapun kemenangan itu menyaksikan Aston Villa berada pada kedudukan keenam EPL dengan 15 mata hasil lima kemenangan dan tewas dua kali daripada tujuh perlawanan.

Sementara itu Arteta mengakui kecewa dengan kekalahan berkenaan setelah melakukan pelbagai kaedah bagi membina momentum kejayaan pasukan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, kekalahan itu akan menjadi pengajaran untuknya sentiasa kekal positif menjelang perlawanan akan datang.

“Jika boleh, saya mahu beraksi untuk Arsenal esok kerana saya tahu bagaimana rasanya apabila tewas di tempat sendiri.

“Malah menjadi tuga saya untuk sentiasa menyemarakkan semangat kesebelasan pemain,” katanya.