Hajiji ingatkan setiausaha politik laksana tanggungjawab untuk rakyat

Hajiji menyampaikan watikah pelantikan kepada Abdul Kassim dalam upacara angkat sumpah jawatan di Kota Kinabalu.
Hajiji menyampaikan watikah pelantikan kepada Abdul Kassim dalam upacara angkat sumpah jawatan di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengingatkan semua setiausaha politik yang baharu dilantik supaya melaksanakan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Selain itu, Hajiji menggesa supaya mereka sentiasa menjadi 'telinga' kepada kerajaan dan memperbetulkan tuduhan tidak benar yang disebarkan pembangkang di media sosial.

"Rakyat berikan mandat kepada kerajaan baharu untuk memerintah dan menjadi kewajipan kita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik terutama ketika sedang berhadapan dengan pandemik koronavirus (Covid-19), banyak cabaran dan semua sektor mengalami kesukaran ketika ini.

"Masa inilah kita bekerja. Lakukan yang terbaik untuk beri sokongan penuh kepada menteri dan jadi sebagai pasukan terbaik," katanya ketika berucap dalam upacara angkat sumpah jawatan setiausaha politik, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Ketua Setiausaha Politik, Abdul Kassim Razali diikuti 14 lagi setiausaha politik lain mengangkat sumpah jawatan di hadapan beliau.

Sebelum itu, menurut Hajiji, kerajaan negeri membantu rakyat dengan memperuntukkan sebanyak RM160 juta yang memberi manfaat kepada lebih satu juta penerima berhubung penularan pandemik koronavirus (Covid-190.

Setakat ini, sebanyak 144,000 bakul makanan sudah diedarkan ke semua daerah yang terkesan akibat Covid-19.

Artikel Berkaitan: