Kru bot nelayan warga Myanmar jatuh laut

Operasi Carilamat seorang warga Myanmar terjatuh ke laut dilakukan pada jam 10.30 pagi tadi dengan keluasan 130 batu nautika persegi.
Operasi Carilamat seorang warga Myanmar terjatuh ke laut dilakukan pada jam 10.30 pagi tadi dengan keluasan 130 batu nautika persegi.
A
A
A

SUNGAI BESAR -- Seorang kru bot nelayan tempatan warga Myanmar disyaki terjatuh ke dalam laut pada kedudukan 21 batu nautika dari Pantai Sungai Besar, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Aung Ko Hlaing, 22, disyaki terjatuh semasa melakukan kerja-kerja di atas bot majikannya.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan dan laporan polis dari Balai Polis Sekinchan pada jam 9.30 pagi tadi.

"Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan Operasi Mencari dan menyelamat (Carilamat) pada jam 10.30 pagi tadi dengan keluasan 130 batu nautika persegi.

"Pengkalan Hadapan Carilamat (PHC) turut ditubuhkan di Jeti LKIM, Sekinchan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohammad Rosli memberitahu, agensi sahabat terlibat dalam operasi antaranya KD Gagah Samudera (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan komuniti maritim di sekitar perairan.

Artikel Berkaitan: