X

Kindly register in order to view this article
!

Guna imbasan kod QR salur maklumat kepada AADK

Salah seorang kakitangan AADK sedang menampal poster pemberitahuan memperkenalkan kod QR di salah sebuah kedai makan di Dungun - Foto Ihsan AADK Terengganu
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu memperkenalkan kaedah lebih mudah untuk orang ramai menyalurkan maklumat iaitu dengan mengimbas pada kod QR menerusi telefon pintar masing-masing.

Penolong Pengarah Pencegahan AADK Terengganu, Rusmizal Ibrahim berkata, kaedah diperkenalkan ini dilihat bukan sahaja mudah dan pantas tetapi lebih mesra diguna orang ramai.

"Jika sebelum ini orang ramai perlu 'google' laman web dan Facebook kami setiap kali hendak membuat aduan, jadi dengan kaedah digital diperkenalkan ini, mereka hanya perlu scan sahaja kod QR disediakan dan akan terus disambung ke laman aduan di web rasmi AADK.

Rusmizal Ibrahim
Rusmizal Ibrahim

"Sama juga jika hendak membuat aduan melalui aplikasi WhatsApp atau menghubungi pihak kami, mereka tidak perlu lagi menekan nombor disediakan cuma scan sahaja kod QR ini.

"Kaedah digital ini diharap memudahkan orang ramai untuk bekerjasama dengan pihak kami kerana kita yakin semua komuniti pasti pandai menggunakan kod QR terutama pada musim koronovirus (Covid-19)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, biasanya aduan yang dibuat menggunakan sistem kod QR ini akan disambung terus ke ibu pejabat AADK dan akan disalurkan kepada pejabat AADK di daerah masing-masing yang terlibat untuk tindakan segera.

Poster kod QR ditampal di tempat awam bagi memudahkan orang ramai.
Poster kod QR ditampal di tempat awam bagi memudahkan orang ramai.

"Setiap aduan dibuat akan cuba diselesaikan dalam tempoh 14 hari, bagaimana pun pejabat AADK di daerah terlibat diarah memberi maklum balas kepada pemberi maklumat dalam tempoh tiga hari sejurus aduan diterima sama ada dari Pusat Gerakan Hotline atau aduan terus kepada AADK Terengganu mahupun AADK daerah" katanya.

Menurut Rusmizal, bagi memperkenalkan dan memudahkan orang ramai menggunakan kemudahan kaedah digital ini, pihaknya mengambil inisiatif menampal poster-poster kod QR di lokasi tumpuan awam termasuk di kedai makan dan masjid-masjid.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!