Hulu Langat catat kes keganasan rumah tangga tertinggi

Gambar kecil: Dr Siti Mariah
Gambar kecil: Dr Siti Mariah
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Selangor mencatatkan 254 kes keganasan rumah tangga di seluruh negeri ini dengan daerah Hulu Langat yang mencatatkan kadar kes tertinggi sebanyak 70 kes.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, statistik itu dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor berkenaan kes keganasan rumah tangga yang berlaku di seluruh Selangor sejak Januari sehingga September 2020.

"Berdasarkan statistik yang diterima daripada Unit Perundangan dan Penguatkuasaan JKM Selangor, sebanyak 254 kes telah direkodkan dengan jumlah kes tertinggi di daerah Hulu Langat (70 kes), diikuti Gombak (34 kes), Subang Jaya (31 kes), Klang (29 kes) dan jumlah keseluruhan kes di kawasan-kawasan lain adalah sebanyak 90 kes.

"Daripada keseluruhan kes yang telah dicatatkan ini, sebanyak 224 kes mangsanya adalah terdiri daripada kaum wanita manakala 30 kes bagi golongan lelaki," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita 2020 di Foyer Dewan Annex hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Siti Mariah berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap statistik yang telah dikeluarkan oleh JKM Selangor itu.

"Bagi jenis-jenis kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan, kategori tertinggi iaitu sebanyak 119 jenis kes telah menyebabkan kecederaan atau mencederakan mangsa secara fizikal.

"Diikuti dengan 71 jenis kes dengan sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal dan 50 jenis kes pemangsa telah melakukan penderaan secara psikologi serta emosi terhadap mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan: