Jenazah mangsa nahas helikopter selesai dibedah siasat

Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati, Mohamed Sabri Baharom dibawa keluar dari bilik mayat HCTM UKM, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi tadi. - Foto Bernama
Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati, Mohamed Sabri Baharom dibawa keluar dari bilik mayat HCTM UKM, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi tadi. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati, Allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini selepas selesai dibedah siasat, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Sabri, 56, kemudian dibawa oleh kenderaan jenazah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke Masjid Khaled al Walid Jalan Padang Tembak untuk disolatkan sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Melati serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

Bernama yang berada di lokasi turut dimaklumkan bahawa proses bedah siasat seorang lagi mangsa nahas, Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, masih berjalan dan dijangka selesai petang ini.

Mangsa yang terselamat dalam nahas helikopter di Taman Melawati Datuk Ahmad Jauhari Yahya (tiga dari kiri) menziarah jenazah Mohamed Sabri Baharom di bilik mayat HCTM UKM, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Mangsa yang terselamat dalam nahas helikopter di Taman Melawati Datuk Ahmad Jauhari Yahya (tiga dari kiri) menziarah jenazah Mohamed Sabri Baharom di bilik mayat HCTM UKM, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

Selesai bedah siasat, jenazah Mohd Irfan dijangka dibawa ke Surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil selepas dimandikan di HCTM untuk disolatkan dan kemudian dikebumikan di tanah perkuburan di Subang USJ22.

Terdahulu, kira-kira 20 waris kedua-dua mangsa dilihat menunggu proses bedah siasat di bilik jenazah hospital, selepas membuat pengecaman terhadap jenazah mangsa.

Keputusan ujian saringan Covid-19 ke atas kedua-dua jenazah juga difahamkan negatif.

Mangsa yang terselamat dalam nahas helikopter di Taman Melawati Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Eian juga dilihat hadir di bilik mayat HCTM pada jam 10.30 pagi dan meninggalkan lokasi berkenaan pada kira-kira jam 11.50 pagi.

Artikel Berkaitan:

Pengarah HCTM, Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid turut dilihat hadir di bilik mayat pagi ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut helikopter terhempas

Helikopter terhempas: Keluarga belum dibenar cam mayat

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut