BN terus gesa kerajaan lanjutkan moratorium: Najib

Najib Razak.
Najib Razak.
A
A
A

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) akan terus menggesa kerajaan supaya melanjutkan moratorium pinjaman sehingga berjaya, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri

Beliau turut mempersoalkan mengapa moratorium pinjaman pukal tidak dilanjutkan sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dilanjutkan.

“Sebab apa PKPB boleh dilanjutkan berkali-kali tapi moratorium pinjaman automatik tidak boleh dilanjutkan secara pukal sekali - terutamanya untuk peminjam M40 sedangkan bank-masih catat keuntungan.

“Kerajaan kena fikir perkara ini. BN akan terus lawan (tuntut) sampai dapat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021, Jumaat lalu mengumumkan hanya golongan kategori B40 dibenarkan untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.

Beliau berkata, golongan B40 boleh memilih moratorium tiga bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan mereka sebanyak separuh selama enam bulan.

Artikel Berkaitan: