Isteri Trump didakwa tunggu masa untuk bercerai

Gambar fail menunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan isterinya, Melania. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan isterinya, Melania. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Seorang bekas pembantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat pengumuman yang mengejutkan apabila mendakwa isterinya, Melania Trump sedang menunggu masa untuk bercerai dengan beliau.

Pendedahan itu disiarkan oleh akhbar Mail On Sunday semalam iaitu selepas Trump kalah dalam pilihan raya Presiden AS kepada bekas Naib Presiden negara itu, Joe Biden daripada parti Demokrat.

Maklumat rumah tangga Trump itu didedahkan oleh Omarosa Manigault Newman yang sebelum ini menjadi Pengarah Komunikasi Untuk Pejabat Perhubungan Awam Rumah Putih yang juga membantu kerja-kerja komunikasi Presiden AS.

Beliau juga pernah menjadi peserta program realiti televisyen yang dikendalikan oleh Trump iaitu The Apprentice pada tahun 2007.

Bagaimanapun, Omarosa mendakwa perkahwinannya dengan Trump selama 15 tahun sudah pun berakhir.

"Melania sedang mengira setiap minit sehingga beliau (Trump) keluar dari pejabat (Rumah Putih) dan beliau (Melania) boleh bercerai," Omarosa dipetik sebagai berkata oleh akhbar Mail On Sunday.

Pendedahan Mail Online mengenai rumah tangga Trump
Pendedahan Mail Online mengenai rumah tangga Trump

Pada tahun 2016, Melania dilaporkan menangis apabila suaminya memenangi pilihan raya Presiden AS dengan menewaskan bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Artikel Berkaitan:

Seorang rakan Melania dilaporkan berkata: "Beliau (Melania) tidak menjangkakan Trump akan menang."

Dalam pada itu, seorang lagi bekas pembantu Trump, Stephanie Wolkoff mendakwa Wanita Pertama AS tersebut sebenarnya telah berbincang berhubung perjanjian selepas perkahwinan bagi membolehkan Barron, 14, iaitu anak lelaki hasil perkongsiannya dengan Trump mendapat perkongsian harta kekayaan dengan Presiden AS itu dengan adil.

Stephanie juga mendakwa Trump dan Melania mempunyai bilik tidur yang berasingan di White House.

Trump kemudian berkahwin dengan Melania pada Januari 2005.

Beliau tidak lagi akan menjadi Presiden AS pada tahun depan selepas Biden mengangkat sumpah jawatan pada Januari 2021. - Agensi