2,500 bungkus rokok seludup dirampas

PPM menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam, Lahad Datu semalam.
PPM menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam, Lahad Datu semalam.
A
A
A

LAHAD DATU - Sebuah stor belakang rumah yang dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu dalam kejadian di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, sebanyak 2,500 bungkus rokok bernilai RM36,300 selepas cukai dirampas manakala seorang lelaki turut ditahan PPM.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung sebuah rumah dipercayai terdapat aktiviti penyeludupan.

"Hasil serbuan menemui sejumlah beg plastik hitam berisi 2,500 bungkus rokok yang tidak berbayar cukai di dalam stor belakang rumah terbabit.

"Turut ditangkap seorang lelaki warga Filipina berusia 47 tahun dipercayai pemilik rokok seludup berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rokok seludup yang dirampas dari sebuah stor belakang rumah lelaki Filipina di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam, Lahad Datu semalam.
Rokok seludup yang dirampas dari sebuah stor belakang rumah lelaki Filipina di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam, Lahad Datu semalam.

Ping Sin berkata, rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

"Jumlah rampasan rokok dianggarkan RM36,300 selepas cukai dan tangkapan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk menjalani ujian calitan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahagian Lahad Datu.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.