Covid-19: Kes positif global melepasi 50 juta

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 9.93 juta kes. Ini diikuti India dengan 8.5 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.65 juta kes.

A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif global Covid-19 kini mencecah 50.26 juta.

Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 9.93 juta kes.

Ini diikuti India dengan 8.5 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.65 juta kes.

Negara yang melepasi angka satu juta kes ialah Perancis, Rusia, Sepanyol, Argentina, United Kingdom dan Colombia.

Mexico, Itali, Peru, Afrika Selatan, Iran, Jerman, Poland dan Chile termasuk dalam negara yang merekodkan setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan Covid-19 ialah Iraq, Belgium, Ukraine, Indonesia dan Bangladesh.

Sementara itu, sebanyak 22 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.