Tutup sekolah redakan kerisauan ibu bapa

Sebahagian besar ibu bapa masih bimbang dengan penularan Covid-19, apatah lagi sekolah melibatkan pengumpulan ramai pelajar. (Gambar kecil: Mohd Hanafiah Ismail)
Sebahagian besar ibu bapa masih bimbang dengan penularan Covid-19, apatah lagi sekolah melibatkan pengumpulan ramai pelajar. (Gambar kecil: Mohd Hanafiah Ismail)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di seluruh Malaysia sehingga hari akhir persekolahan pada tahun ini disambut baik ibu bapa kerana ia mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan pelajar.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Tok Nasek, Mohd Hanafiah Ismail berkata, sebahagian besar ibu bapa masih bimbang dengan penularan koronavirus (Covid-19), apatah lagi sekolah melibatkan pengumpulan ramai pelajar.

Menurutnya, penutupan sekolah meredakan kegusaran ibu bapa, namun pada masa sama mereka berharap pembelajaran dapat diteruskan dengan lebih sistematik dan teratur supaya tiada pelajar yang tercicir.

“Walaupun sepanjang tempoh penutupan, pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara home-based learning, kita harapkan pelaksanaannya lebih menyeluruh dan tiada pelajar yang keciciran. Yang menjadi kebimbangan kita adalah pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Anak-anak kita sudah mula membiasakan diri dengan pembelajaran secara dalam talian tetapi bagi pelajar yang kurang mampu, ada yang tidak mempunyai komputer riba dan telefon,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Justeru, beliau berharap pihak sekolah dan guru mengambil maklum kesukaran yang mereka hadapi.

“Mungkin dalam seminggu, adakan satu kelas untuk mereka ini supaya tiada yang ketinggalan,” katanya.

Artikel Berkaitan: