Gesa kerajaan pertimbang kemudahan jalur lebar

KPM memutuskan sekolah di seluruh negara ditutup bermula esok hingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 dan 18 Disember ini membabitkan lebih lima juta pelajar dan murid. (Shaarani Ibrahim, Amirul Syahir Musa)
KPM memutuskan sekolah di seluruh negara ditutup bermula esok hingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 dan 18 Disember ini membabitkan lebih lima juta pelajar dan murid. (Shaarani Ibrahim, Amirul Syahir Musa)
A
A
A

ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Kedah memohon kerajaan mempertimbangkan kemudahan jalur lebar kepada pelajar kurang berkemampuan susulan sesi penutupan sekolah untuk mencegah penularan koronavirus (Covid-19).

Naib Pengerusinya, Amirul Syahir Musa berkata, pihaknya berharap cadangan itu dipertimbangkan memandangkan tidak semua pelajar berkemampuan, memiliki telefon bimbit dan kemudahan internet.

"Hari ini (semalam) Menteri Pendidikan Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumkan bahawa sekolah sesi 2020 ditutup dan kesemua sesi pembelajaran akan dilaksanakan menerusi kaedah dalam talian

"Tindakan berkenaan merupakan langkah baik demi menjaga tahap kesihatan pelajar sekolah daripada dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19). Akan tetapi, ada beberapa perkara yang pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pertimbangkan seperti kemudahan jalur lebar kepada pelajar kurang berkemampuan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua sekolah seluruh negara ditutup mulai esok

Ujian MUET ditangguhkan ke tahun depan

SPM, STPM dipinda ke Februari, Mac 2021

Bagaimanapun menurutnya, keputusan berkenaan tidak memberi masalah kepada pelajar berkemampuan, namun timbul persoalan bagaimana pelajar tidak berkemampuan ingin mengakses tugasan diberikan guru menerusi dalam talian.

Artikel Berkaitan:

"Bukan semua kawasan pelajar mendapat liputan internet yang baik. Jadi, KPM boleh bekerjasama dengan syarikat jalur lebar untuk memberikan keutamaan liputan yang baik kepada pelajar sekolah," katanya.

Amirul Syahir berkata, pihaknya juga berharap KPM dapat memikirkan cara yang terbaik bagi pelajar-pelajar supaya mereka tidak tercicir.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Mengkudu, Shaarani Ibrahim berkata, pihaknya juga menerima keputusan penutupan sekolah itu.

Shaarani berkata, semua 35 guru di sekolah berkenaan juga telah lama bersiap sedia untuk melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian kepada pelajar masing-masing.

"Sebelum ini, kita pernah melakukan PdP untuk mengajar di rumah masing-masing ketika sekolah ditutup pada Mac lepas dan yakin mampu melakukannya lagi perkara sama," katanya.

Menurutnya, dia mendapati masih ramai ibu bapa menghantar anak ke sekolah masing-masing seperti biasa pada hari terakhir sesi persekolahan hari ini dan akur dengan keputusan dibuat kerajaan itu.