Belanjawan 2021 Sarawak dibentang esok

Abang Johari akan membentangkan Belanjawan 2021 Sarawak esok.
Abang Johari akan membentangkan Belanjawan 2021 Sarawak esok.
A
A
A

KUCHING - Belanjawan 2021 Sarawak akan dibentangkan esok pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang selama lima hari, kata Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar hari ini.

Belanjawan itu akan dibentang oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2021) 2020, antara lima RUU yang dijadualkan dibentangkan dalam persidangan kali ini.

"Rang Undang-Undang lain (yang akan dibentangkan) ialah RUU Perbekalan Tambahan (2021) 2020; RUU Langkah-langkah Sementara untuk Mengurangkan kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19); RUU Pihak Berkuasa Tempatan (Pindaan) 2020 dan RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2020,” katanya kepada kepada pemberita selepas mesyuarat prapersidangan DUN Sarawak di sini.

Persidangan kali ini dipendekkan kepada lima hari bermula 9 hingga 13 November ekoran peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negeri itu, berbanding pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 18 November ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: