Pahang kumpul data pesakit kanser payudara

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang kini mengambil inisiatif mengumpul data pesakit kanser payudara bagi menghulurkan bantuan sewajarnya dalam usaha meringankan beban golongan itu.

Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, ia juga sebagai tanda sokongan moral kepada kaum hawa di negeri itu yang terpaksa berdepan dengan penyakit dianggap pembunuh senyap.

Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama Cancer Survivor Malaysia cawangan Pahang serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

"Melalui data yang diperoleh, kita dapat mengenal pasti pesakit kanser payudara yang memerlukan bantuan lanjut daripada kerajaan negeri, memudahkan urusan berkaitan dan memastikan kebajikan mereka tidak terabai," katanya selepas melawat pesakit kanser sempena Program Kesedaran Kanser Payudara yang menyaksikan sejumlah 30 pesakit sekitar daerah ini menerima bantuan makanan.

Mengulas lanjut, Shahaniza berkata, pihaknya akan mempromosi kesihatan keluarga sempena Bulan Keluarga Kebangsaan pada bulan ini.

"Menerusi kempen itu, kita akan menggalakkan setiap keluarga supaya menjaga kesihatan sama ada fizikal mahupun mental lebih-lebih lagi pada waktu pandemik koronavirus (Covid-19) yang memerlukan setiap daripada kita berada dalam keadaan sihat," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: