Haikal sudah pandai baca al-Fatihah, surah lazim

Rizam membeli barangan keperluan untuk kegunaan Mohd Haikal.
Rizam membeli barangan keperluan untuk kegunaan Mohd Haikal.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang remaja saudara baharu yang memilih Islam selepas kematian ibu bapanya sudah boleh membaca surah al-Fatihah dan surah lazim al-Quran sepanjang belajar di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi, Kampung Batu 40 di sini sejak September lalu.

Mohd Haikal Chu, 16, yang kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan tidak pernah berpeluang bersekolah secara formal berikutan hidup serba daif dan hanya bekerja membantu mengutip besi sebagai punca pendapatan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail berkata, beliau berkesempatan bertemu dan bertanya khabar Mohd Haikal dan membawa remaja itu membeli barangan keperluan.

"Haikal beritahu dia sudah pandai membaca surah al- Fatihah dan surah lazim.

"Doakan semoga Mohd Haikal terus istiqomah dalam mempelajari ilmu agama," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau hari ini.

Rizam yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebelum ini turut membiayai sepenuhnya urusan pendaftaran dan yuran pengajian Mohd Haikal.

Sinar Harian pada 30 September lalu melaporkan seorang remaja saudara baharu hidup yatim piatu selepas ibu bapanya maut dalam kemalangan di Kilometer 38 Jalan Kuala Lumpur-Seremban pada 13 Mac lalu.

Mohd Haikal mengakui dia buta huruf tetapi nekad belajar bersungguh-sungguh dan mempelajari al-Quran untuk mengubah masa depannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Islam selepas kematian ibu bapa

Artikel Berkaitan: