X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lagi kluster baharu Covid-19 dikesan

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan dua lagi kluster baharu koronavirus (Covid-19) melibatkan negeri Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, Kluster Ikhtisas dikesan di Petaling dan Klang, Selangor; Jeli di Kelantan dan Seremban di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, kluster tersebut mencatatkan 21 kes setakat ini.

Di Melaka pula, katanya, Kluster Berendam dikesan di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah yang mencatatkan lima kes positif Covid-19.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa Kluster Putra melibatkan daerah Bintulu di Sarawak dan Kluster Kuarters melibatkan daerah Tongod, Telupid dan Kinabatangan di Sabah diisytiharkan tamat hari ini.

Tiada kematian dilaporkan bagi kedua-dua kluster tersebut. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!