Wajah Biden pada poster filem Return of the Jedi

Wajah Biden diletakkan pada poster Return of the Jedi yang diharap membawa sinaran baharu kepada rakyat Amerika. - Foto Agensi
Wajah Biden diletakkan pada poster Return of the Jedi yang diharap membawa sinaran baharu kepada rakyat Amerika. - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Sejurus kemenangan calon Demokrat, Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020, aktor Mark Hamill antara individu paling awal memberikan tindak balas.

Menerusi Twitter, beliau berkongsi poster filem sains fiksyen terkenal Star Wars dan turut meraih lebih 423,000 like dan mendapat retweet lebih 94,000 kali dalam tempoh kurang 12 jam.

Hamill, 69, yang memegang watak Luke Skywalker dari siri epik itu memuat naik poster memaparkan wajah Presiden ke-44 AS, Barack Obama, penggantinya, Donald Trump dan Presiden baharu dilantik, Biden dengan judul trilogi siri Star Wars (1977-1983) yang mewakili era pentadbiran pemimpin terbabit.

Imej Obama diletakkan pada poster filem A New Hope dan Trump dengan filem The Empire Strikes Back serta diikuti imej Biden pada poster filem Return of the Jedi.

Beliau turut meletakkan kapsyen 'Episod paling terbaik'.

Difahamkan, pelakon tersebut dikenali sebagai pengkritik lantang Trump ketika beliau memegang pentadbiran di Rumah Putih.

"Akhirnya, mimpi ngeri rakyat Amerika selama empat tahun sudah berakhir," ujar satu lagi tweet beliau selepas kekalahan Trump.

Menjelang pilihan raya lalu, Hamill dilaporkan turut melakukan kempen iklan rasmi untuk Biden. - Agensi

Artikel Berkaitan: