Nelayan hilang ditemui mati terapung

Mayat mangsa dibawa naik ke Jeti Nelayan Sungai Besar petang tadi.
Mayat mangsa dibawa naik ke Jeti Nelayan Sungai Besar petang tadi.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Seorang kru sebuah bot nelayan Warga Myanmar yang jatuh ke laut pada Khamis lalu dijumpai dalam keadaan terapung pada kedudukan kira-kira 8.8 batu nautika barat Sungai Besar di sini sekitar jam 12.33 tengah hari tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, mangsa dijumpai komuniti nelayan yang sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke muara Sungai Besar oleh bot Penggalang APMM Selangor dan dipindahkan ke Sea Boat KD Gagah Samudera (TLDM) untuk memasuki Jeti Nelayan Sungai Besar berikutan keadaan air cetek.

"Mangsa didaratkan di jeti nelayan bagi tujuan pengecaman dan seterusnya dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat selama empat hari itu ditamatkan pada jam 4.15 petang tadi.

“Terdahulu, hasil siasatan ke atas pemilik bot mendapati mangsa adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan pekerja kepada tekong berkenaan," katanya.

Kelmarin Sinar Harian melaporkan nelayan warga Myanmar itu disyaki terjatuh ke dalam laut ketika menarik pukat di kedudukan 9.7 batu nautika barat laut Pantai Redang, Sekinchan di sini.

Mangsa dikenali Tin Warm, 50, dipercayai terjatuh kira-kira jam 3.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohammad Rosli menegaskan, pihak APMM mengingatkan pengusaha bot nelayan memastikan pekerja bot mereka mematuhi langkah-langkah keselamatan terutama sekali pemakaian jaket keselamatan ketika berada di laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Kami juga memberi amaran keras termasuk tindakan tegas kepada pengusaha bot-bot nelayan tidak menggajikan warga asing tanpa izin (PATI) atau pun menjadikan bot-bot nelayan mereka sebagai pengantara membawa PATI masuk ke dalam negara.

"Jika orang awam mempunyai sebarang maklumat berkaitan PATI, sila hubungi talian hotline National Task Force (NTF) 011-62511223," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Myanmar jatuh ke laut ketika tarik pukat