Tukang gunting maut motosikal dirempuh kereta

Kereta yang dipandu lelaki berusia 32 tahun merempuh sebuah motosikal dan melanggar sebatang pokok di Jalan Haji Ahmad, Kuantan semalam.
Kereta yang dipandu lelaki berusia 32 tahun merempuh sebuah motosikal dan melanggar sebatang pokok di Jalan Haji Ahmad, Kuantan semalam.
A
A
A

KUANTAN - Seorang tukang gunting rambut maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Haji Ahmad berhampiran Taman Seri Setali di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa, Mohammad Uzair Nasaie Abdul Ruzak, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari Jalan Jalan Bukit Sekilau menghala ke Semambu.

"Apabila mangsa tiba di tempat kejadian, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berumur 32 tahun cuba memotong sebuah kereta lain di hadapan lalu memasuki laluan bertentangan.

"Kereta itu kemudian melanggar mangsa sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar sebatang pokok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa yang menaiki motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

Katanya, pemandu kereta itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: