JAIS minta umat Islam bermunajat

Poster program berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook JAIS hari ini.
Poster program berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook JAIS hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta seluruh umat Islam khususnya di Selangor untuk bersama-sama bermunajat dan berdoa kepada ALLAH agar diberi bantuan dalam menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19).

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, seluruh umat Islam diminta agar dapat meningkatkan amalan dengan membaca surah Yasin, doa Qunut Nazilah setiap solat fardu, zikir munajat dan doa pada setiap malam selepas solat fardu Isyak serta membaca doa menolak bala.

Beliau berkata, bagi menunjukkan kebersamaan dalam amalan tersebut, JAIS juga menetapkan agar aktiviti berkenaan dilaksanakan secara berterusan oleh semua pentadbir masjid dan surau di negeri ini.

"Umat Islam boleh mengikuti bacaan zikir munajat dan doa yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada setiap hari Isnin dan Khamis di rumah masing-masing bersama ahli keluarga.

"Teks zikir munajat, doa Qunut Nazilah dan doa menolak bala boleh dimuat turun di laman sesawang www.jais.gov.my atau emasjid.jais.gov.my sebagai rujukan semua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shahzihan, pihaknya berharap agar usaha berkenaan dapat membolehkan aktiviti masjid dan surau di Selangor dapat dijalankan seperti sebelum ini.

Artikel Berkaitan: