Helikopter terhempas: Keluarga belum dibenar cam mayat

Helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang kira-kira jam 12 tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI
Helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang kira-kira jam 12 tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Proses pengecaman mayat mangsa korban nahas helikopter di Taman Melawati tidak dapat dibuat hari ini.

Menurut ahli keluarga salah seorang mangsa, Dr Mohd Izani Mohamed Rawi, 48, saringan koronavirus (Covid-19) perlu dilakukan dahulu dan ditentukan negatif sebelum sebarang proses pengecaman dibuat.

"Jika positif, Kementerian Kesihatan (KKM) akan ambil terus. Jika negatif baru ahli keluarga dibenarkan untuk lihat dan buat pengecaman," katanya ketika ditemui media di pekarangan bilik mayat Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM di sini hari ini.

Dua lelaki disahkan maut dalam nahas melibatkan dua helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum sebuah daripadanya terhempas dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi di Taman Melawati, Ampang dekat sini. - Foto Bernama

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan bedah siasat jenazah mangsa korban nahas berkenaan hanya akan dibuat esok selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut helikopter bertembung, terhempas

Penduduk dengar bunyi helikopter terhempas

Bangkai nahas helikopter dalam proses dibawa keluar

Artikel Berkaitan: